Friday, June 13, 2008

Proclamation - Messiah Of Darkness And Impurity 2008

Proclamation kembali lagi dengan album baru pada tahun ini. Mungkin ada yang masih ingat lagi dengan album mereka yang lepas iaitu Advent of the Black Omen yang dibayangi dengan Blasphemy. Messiah of Darkness And Impurity masih meneruskan tradisi Black/Death yang serba huru-hara, kencang dan laju tanpa bahagian melodi yang memualkan. Selepas intro Ceremonial Chants Of Blasphemy anda akan diserang tanpa belas kasihan dengan lagu pertama mereka iaitu Nocturnal Damnation. Pada pandangan saya sound "Messiah of ..." lebih baik berbanding album terdahulu dan lagu mereka lebih laju dan grinding (yeah). Seperti yang saya katakan tadi Proclamation masih dibayangi dengan Blasphemy dan juga Bestial Warlust, Beherit , Conqueror, Bathory and sebagainya. Proclamation
merupakan ancaman Black metal ditahun 2000!

Wednesday, April 23, 2008

Revenge - Infiltration.Downfall.Death 2008

Apabila memperkatakan tentang muzik REVENGE, band dari Kanada ini masih mengekalkan muzik bestial Black/Death militan yang penuh dengan kemusnahan dan kekejaman. Tetap meneruskan tradisi yang diwarisi dari CONQUEROR (r.i.p) tetapi agak 'progresif' jika dibandingkan dengan keluaran-keluaran yang lepas. Pada pendapat saya, sound pada Infiltration.Downfall.Death lebih mudah 'difahami' dan terdapat sedikit kelainan tetapi ianya tetap REVENGE. Mungkin terdapat tempias dari AXIS OF ADVANCE memandangkan VERMIN yang merupakan pemain gitar session dalam REVENGE adalah guitarist bagi AXIS OF ADVANCE dan J.READ adalah pemain drum session bagi band tersebut. Dalam album ini, semua trademark REVENGE dalam album yang terdahulu tetap diserapkan dalam seperti cover hitam putih, artwork yang simple, blasting drum, bestial vocal dan pick slide. Bagi saya Infiltration.Downfall.Death lebih hebat jika saya bandingkan dengan Victory.Intolerance.Mastery. Tetapi Triumph.Genocide.Antichrist tetap menjadi pojaan hati ku.. hehehe

Saturday, February 23, 2008

Friday, February 15, 2008

Diocletian - Decimator 2007

Bagaimana mengabungkan dua unsur yang berbeza dalam satu acuan? Dalam kes Diocletian, mereka dapat mengabungkan elemen Doom metal yang minimal dan perlahan mid-pace dengan kelajuan blastbeat death/Black metal dalam mCD "Decimator". Kumpulan 'doomcult' dari New zealand ini berjaya mencipta 'atmosfera' bestial metal yang berkesan, mengingatkan saya dengan Order From Chaos dan juga Conqueror. Agak mengkagumkan juga kerana tiga trax pertama seperti satu lagu yang panjang yang dimulai dengan intro (atau muzik) yang agak chaotik dan militan yang berlangsung selama 2 minit kemudian seolah-olah disambung dengan lagu Decimator yang bermula dengan drum doom yang slow dan tiba-tiba laju dan terus menyerang. Boleh saya katakan muzik Diocletian agak kecoh dan buas. Terdapat juga sebuah lagu cover dari Bolt Thrower yang bertajuk All That Remains. Menarik!

Asphyxiate Recordings
http://www.asphyxiaterecordings.com/

Thursday, February 14, 2008

Proclamation - Advent of the Black Omen 2006

Kumpulan Black/Death metal dari Madrid, Sepanyol ini telah me"rip-off" Blasphemy secara habis-habisan! Namun tetap berjaya membawa semangat bestial Death metal yang sebenar dalam karya mereka. Malahan dari segi image, muzik, vokal dan lay-out, Advent of the Black Omen, begitu dibayangi dengan Fallen Angel of Doom! Pada pendapat saya, muziknya lebih straight forward jika dibandingkan dengan demo pertama mereka. Produksi dalam album ini betul-betul BURUK kerana dirakam secara analog disebuah makam lama yang ditinggalkan! Haha. Setelah intro Proclamation menyerang dengan 10 lagu yang keras dan penuh kebuasan. Betul-betul primitif dengan vocal effect dan solo-solo yang laju. Sebelum album ini mereka telah mengeluarkan demo yang bagus "Imperious Jaws of Ire" dan split bersama kumpulan senegara mereka Teitanblood (Malahan terdapat ahli kumpulan ini bermain dalam Proclamation). Album ini dikeluarkan bersama Nuclear War Now production dan Ross Bay Cult (yang merupakan label kepunyaan R. Forster Blasphemy/Conqueror).

Nuclear War Now!
http://www.nwnprod.com/

Monday, February 11, 2008

Archgoat - Whore of Bethlehem 2006

Band lama dari Finland ini telah kembali dengan keluaran "Whore of Bethlehem" selepas dihidupkan semula setelah "senyap" satu dekad yang lalu. Keluaran terakhir sebelum mereka bubar adalah "Angelcunt" mLP yang dikeluarkan oleh Necropolis record (yang mempunyai reputasi rip off yang buruk). Setelah 15 tahun Archgoat telah aktif kembali dan sebagai mukadimah, mereka mengeluarkan sebuah EP "Angelslaying Black Fucking Metal" yang telah dirakam dari tahun 1993 lagi. Seperti EP berkenaan, album "Whore of Bethlehem" tetap sama dan masih meneruskan tradisi old school Black/Death metal yang kotor dan kejam. Diadun dengan part doomy yang lazat dan blasting drums ala old Death metal yang laju dan vocal kasar yang besar. Memang menarik. Terdapat beberapa sound sampler bagi menaikkan mood dan atmosfera kegelapan dan kebencian. Untuk album ini mereka mengunakan drummer baru iaitu Sinisterror dan cover artwork dari Chris Moyen!

Laman web Archgoat
http://www.archgoat.com

Thursday, February 7, 2008

Deiphago - Satanik Eon 2006

Betul-betul gila!!!! Itulah ayat pertama yang terpacul dari mulut saya apabila pertama kali mendengar album Satanik Eon dari Deiphago. Deiphago ditubuhkan sekitar tahun 1990 lagi dan saya pernah mendengar tentang band ini dalam fanzine tempatan ketika satu masa dulu. Mungkin dalam fanzine Karakatuar jika tak salah (salah satu zine lama dari Taiping, Malaysia). Band dari Filipina ini memang dahsyat dengan sound yang gila dan extreme seperti Revenge/Conqueror atau Bestial Warlust tetapi mempunyai sentuhan sendiri! Dimulakan dengan "Genocide" intro seperti muzik klasik yang pelik. Ada review yang menyatakan bahawa ia adalah effect elektronik tetapi sebenarnya bukan, ia adalah petikan dari muzik orkestra yang diterbalikkan (reverse). Satanik Eon dirakamkan di Costa Rica dengan bantuan dari seorang drummer dari band Mortigor. Saya rasa cara permainan drumnya tidak terlalu sama atau sejenis sahaja. Ada part grinding dan drum ala Sarcofago. Diselitkan juga solo-solo gitar yang laju seperti stail Morbid Angel. vocalnya juga menarik lebih kearah vocal thrash yang kasar tak seperti mana vocal jeritan black metal seperti band lain. Saya rasa setiap lagu yang dimainkan ada kelainan yang tersendiri. Cuma mungkin bunyi atau kord gitar atau bass yang dipetik tidak difahami dengan jelas kerana sound distord yang banyak tetapi tetap menarik. Cruel war metal dari Asia!

Morbid Moon Records
http://www.morbidmoonrecords.com/

Wednesday, February 6, 2008

Black Witchery - Upheaval Of Satanic Might 2005

Album ini merupakan album kedua selepas Desecration of the Holy Kingdom dan beberapa keluaran seperti 7"EP Summoning of Infernal Legion dan split bersama Conqueror dan Katharsis. Band yang ditubuhkan oleh Impurath pada tahun 1996 selepas pembubaran Irreverent. Impurath telah menjemput Tregenda dan Vaz untuk memikul tanggungjawab dibahagian gitar dan drums. Upheaval Of Satanic Might merupakan lanjutan daripada album yang sebelum ini yang masih dan banyak dipengaruhi dengan Blasphemy, Beherit, Sarcofago dan sebagainya. Namun apa yang saya dapat rumuskan , dalam album kali ini, muziknya lebih straight forward, penuh dengan keributan dan lebih primitif daripada Desecration of the Holy Kingdom. Kualiti sound ini adalah amat buruk malah bunyi drum lebih kebelakang. Akan tetapi riffing gitar dari Tregenda boleh difahami jika dibandingkan dengan band-band Black/War metal yang lain seperti Revenge. Tetapi saya amat menyukai soundnya. heheh. Terus mengunakan cover artwork daripada artist Black metal terkenal dunia - Chris Moyen.

Osmose Production
http://www.osmoseproductions.com/

Tuesday, February 5, 2008

Damaar - Triumph Through Spears of Sacrilege 2006

Damaar merupakan kumpulan Black/death metal dari Lubnan. Bila mana kebanyakkan kumpulan metal hanya berfantasi tentang perang dan keganasan, kumpulan ini wujud dikancah peperangan yang sebenar dan berpanjangan. Malah mereka telah berhijrah ke Australia untuk mengeluarkan demo dalam medium yang sebenar seperti CD atau tape kerana sebelum ini mereka hanya mengeluarkannya dalam bentuk mp3. Ini kerana negara asal mereka merupakan negara yang mengamalkan kepercayaan agama dalam bentuk yang kuat (seperti yang anda sedia maklum). MLP ini dimulakan dengan intro yang menarik cuma mungkin kalau intro sebegini dibuat oleh kumpulan metal dari Malaysia akan menimbulkan kontraversi yang teruk. Heheh. Kemudian lagu pertama "Preaching For Mass Suicide" dimulai dengan serangan bestial Black/Death metal ala Revenge dan Black Witchery. Keganasan diteruskan dalam lagu "The Goatphoenix" dan "Ode To Blasphemy". Ada juga diletakkan beberapa sound effect atau sampler untuk menaikkan suasana peperangan dan kekecohan. Kesemua lagu yang dirakam mempamerkan keganasan yang mengkagumkan dengan diselitkan sedikit lead yang laju. Totally Chaos Black/Death metal desecration dari dunia Arab! Malah terdapat sebuah lagu cover dari Blasphemy - Desecration!

Nuclear War Now! Productions
http://www.nwnprod.com/

Monday, February 4, 2008

Black Witchery Tampa, FL 4/03

Conqueror - Hammer Of Antichrist - History of Annihilation 2003

Hammer Of Antichrist - History of Annihilation, merupakan kompilasi lagu daripada lagenda War metal Canada iaitu Conqueror. Dalam album kompilasi yang dikeluarkan oleh Fifth Division ini mengandungi lagu-lagu dari album "War Cult Supremacy" 1999, demo "Antichrist Superiority" 1996 dan sebuah unreleased track Hammer of Supremacy untuk kompilasi World Domination. Conqueror ditubuhkan oleh Ryan Forster dibawah nama Domini Inferi dan mengeluarkan promo tape pada tahun 1994. Selepas rakaman promo ini Ryan Forster telah berpisah dengan ahli asal dan kemudian J. Read menyertai kumpulan ini dan menukar nama kepada Conqueror. Mereka telah merakamkan dua buah demo iaitu "Antichrist Superiority" pada tahun 1996 dan "Annihilate" pada 1998, kemudian mereka merakamkan sebuah album (War Cult Supremacy) dibawah Evil Omen Record dari Perancis tetapi dikeluarkan oleh Fullmoon prod USA. Conqueror merupakan satu komponen bestial Death metal dalam tradisi Canada seperti Slaughter, Razor lama, dan Blasphemy dan juga death metal yang sebenar seperti Sodom lama dan Sarcofago lama. Album kompilasi ini dimulai dengan Infinite Majesty dengan mukadimah atau intro pick-slide yang kejam dan ketukkan drum yang membunuh, yang saya pasti trade mark Conqueror terletak pada benda yang saya katakan tadi. Muzik Conqueror memang kencang dan laju tanpa ada banyak ruang untuk part slow. Pengunaan effect untuk vocal dan bunyi gitar yang betul-betul distort sememangnya membunuh! Ini bukan album digital seperti band-band sekarang dengan drum trigger atau bunyi yang bersih yang tak ada jiwa. Ini adalah bunyi kemusnahan seperti apabila bom nuklear diletupkan. Selepas pembubaran Conqueror kesinambungan dan legasi Conqueror diteruskan oleh J.Read dalam kumpulan REVENGE manakala R.Forster pula menyertai Blasphemy. Saya tidak pasti samaada kompilasi ini boleh didapati lagi cuba cari distro underground atau dilaman web ebay jika masih ada.

Interview di fmp666
http://www.fmp666.com/moonlight/conqueror2.html

Blasphemy - Fallen Angel of Doom 1990

Cult! Blasphemy boleh dikatakan sebagai pelopor terma "War metal" yang pertama (selain dari Bestial Warlust) dan album ini merupakan album yang menjulang nama Blasphemy pada awal tahun 90'an. Walaupun ketika itu album ini dikutuk oleh media-media metal ketika itu namun kebanyakkan peminat fanatik mereka boleh didapati dimana-mana. dan muzik Black dan Death metal tidaklah "terpisah" seperti masa sekarang (ditambah pula dengan perbuatan dari segelintir pemuzik Black metal dari Norway yang memisahkan Death metal dari Black metal). Berbalik kepada album ini, Fallen Angel of Doom merupakan album yang laju, kencang dan terdapat beberapa part mid-pace yang kejam (seperti lagu Ritual) ditambah lagi dengan vocal yang kasar dan kotor menambahkan lagi ke'brutal'an album ini. Sound memang raw dan asli tanpa pengunaan teknik triggering atau digital. 100% asli! Jika anda peminat produksi muzik ekstrim yang bersih dan teknikal (tanpa sebarang jiwa), anda mungkin akan anggap album ini adalah sampah. Namun kepada peminat muzik Black/death metal lama yang kotor, Blasphemy adalah untuk anda. Album ini dikeluarkan oleh Wild Rags record (yang mempunyai reputasi rip off yang teruk) pada mulanya. Sekarang Nuclear War Now prod mengeluarkan semula album ini. Ross Bay cult eternal!

Lamanweb tribute Blasphemy:
http://www.freewebs.com/blasphemyritual

Nuclear War Now! production:
http://www.nwnprod.com