Friday, June 13, 2008

Proclamation - Messiah Of Darkness And Impurity 2008

Proclamation kembali lagi dengan album baru pada tahun ini. Mungkin ada yang masih ingat lagi dengan album mereka yang lepas iaitu Advent of the Black Omen yang dibayangi dengan Blasphemy. Messiah of Darkness And Impurity masih meneruskan tradisi Black/Death yang serba huru-hara, kencang dan laju tanpa bahagian melodi yang memualkan. Selepas intro Ceremonial Chants Of Blasphemy anda akan diserang tanpa belas kasihan dengan lagu pertama mereka iaitu Nocturnal Damnation. Pada pandangan saya sound "Messiah of ..." lebih baik berbanding album terdahulu dan lagu mereka lebih laju dan grinding (yeah). Seperti yang saya katakan tadi Proclamation masih dibayangi dengan Blasphemy dan juga Bestial Warlust, Beherit , Conqueror, Bathory and sebagainya. Proclamation
merupakan ancaman Black metal ditahun 2000!

No comments: