Monday, February 11, 2008

Archgoat - Whore of Bethlehem 2006

Band lama dari Finland ini telah kembali dengan keluaran "Whore of Bethlehem" selepas dihidupkan semula setelah "senyap" satu dekad yang lalu. Keluaran terakhir sebelum mereka bubar adalah "Angelcunt" mLP yang dikeluarkan oleh Necropolis record (yang mempunyai reputasi rip off yang buruk). Setelah 15 tahun Archgoat telah aktif kembali dan sebagai mukadimah, mereka mengeluarkan sebuah EP "Angelslaying Black Fucking Metal" yang telah dirakam dari tahun 1993 lagi. Seperti EP berkenaan, album "Whore of Bethlehem" tetap sama dan masih meneruskan tradisi old school Black/Death metal yang kotor dan kejam. Diadun dengan part doomy yang lazat dan blasting drums ala old Death metal yang laju dan vocal kasar yang besar. Memang menarik. Terdapat beberapa sound sampler bagi menaikkan mood dan atmosfera kegelapan dan kebencian. Untuk album ini mereka mengunakan drummer baru iaitu Sinisterror dan cover artwork dari Chris Moyen!

Laman web Archgoat
http://www.archgoat.com

No comments: