Thursday, February 7, 2008

Deiphago - Satanik Eon 2006

Betul-betul gila!!!! Itulah ayat pertama yang terpacul dari mulut saya apabila pertama kali mendengar album Satanik Eon dari Deiphago. Deiphago ditubuhkan sekitar tahun 1990 lagi dan saya pernah mendengar tentang band ini dalam fanzine tempatan ketika satu masa dulu. Mungkin dalam fanzine Karakatuar jika tak salah (salah satu zine lama dari Taiping, Malaysia). Band dari Filipina ini memang dahsyat dengan sound yang gila dan extreme seperti Revenge/Conqueror atau Bestial Warlust tetapi mempunyai sentuhan sendiri! Dimulakan dengan "Genocide" intro seperti muzik klasik yang pelik. Ada review yang menyatakan bahawa ia adalah effect elektronik tetapi sebenarnya bukan, ia adalah petikan dari muzik orkestra yang diterbalikkan (reverse). Satanik Eon dirakamkan di Costa Rica dengan bantuan dari seorang drummer dari band Mortigor. Saya rasa cara permainan drumnya tidak terlalu sama atau sejenis sahaja. Ada part grinding dan drum ala Sarcofago. Diselitkan juga solo-solo gitar yang laju seperti stail Morbid Angel. vocalnya juga menarik lebih kearah vocal thrash yang kasar tak seperti mana vocal jeritan black metal seperti band lain. Saya rasa setiap lagu yang dimainkan ada kelainan yang tersendiri. Cuma mungkin bunyi atau kord gitar atau bass yang dipetik tidak difahami dengan jelas kerana sound distord yang banyak tetapi tetap menarik. Cruel war metal dari Asia!

Morbid Moon Records
http://www.morbidmoonrecords.com/

No comments: