Friday, February 15, 2008

Diocletian - Decimator 2007

Bagaimana mengabungkan dua unsur yang berbeza dalam satu acuan? Dalam kes Diocletian, mereka dapat mengabungkan elemen Doom metal yang minimal dan perlahan mid-pace dengan kelajuan blastbeat death/Black metal dalam mCD "Decimator". Kumpulan 'doomcult' dari New zealand ini berjaya mencipta 'atmosfera' bestial metal yang berkesan, mengingatkan saya dengan Order From Chaos dan juga Conqueror. Agak mengkagumkan juga kerana tiga trax pertama seperti satu lagu yang panjang yang dimulai dengan intro (atau muzik) yang agak chaotik dan militan yang berlangsung selama 2 minit kemudian seolah-olah disambung dengan lagu Decimator yang bermula dengan drum doom yang slow dan tiba-tiba laju dan terus menyerang. Boleh saya katakan muzik Diocletian agak kecoh dan buas. Terdapat juga sebuah lagu cover dari Bolt Thrower yang bertajuk All That Remains. Menarik!

Asphyxiate Recordings
http://www.asphyxiaterecordings.com/

No comments: