Tuesday, February 5, 2008

Damaar - Triumph Through Spears of Sacrilege 2006

Damaar merupakan kumpulan Black/death metal dari Lubnan. Bila mana kebanyakkan kumpulan metal hanya berfantasi tentang perang dan keganasan, kumpulan ini wujud dikancah peperangan yang sebenar dan berpanjangan. Malah mereka telah berhijrah ke Australia untuk mengeluarkan demo dalam medium yang sebenar seperti CD atau tape kerana sebelum ini mereka hanya mengeluarkannya dalam bentuk mp3. Ini kerana negara asal mereka merupakan negara yang mengamalkan kepercayaan agama dalam bentuk yang kuat (seperti yang anda sedia maklum). MLP ini dimulakan dengan intro yang menarik cuma mungkin kalau intro sebegini dibuat oleh kumpulan metal dari Malaysia akan menimbulkan kontraversi yang teruk. Heheh. Kemudian lagu pertama "Preaching For Mass Suicide" dimulai dengan serangan bestial Black/Death metal ala Revenge dan Black Witchery. Keganasan diteruskan dalam lagu "The Goatphoenix" dan "Ode To Blasphemy". Ada juga diletakkan beberapa sound effect atau sampler untuk menaikkan suasana peperangan dan kekecohan. Kesemua lagu yang dirakam mempamerkan keganasan yang mengkagumkan dengan diselitkan sedikit lead yang laju. Totally Chaos Black/Death metal desecration dari dunia Arab! Malah terdapat sebuah lagu cover dari Blasphemy - Desecration!

Nuclear War Now! Productions
http://www.nwnprod.com/

No comments: