Monday, February 4, 2008

Conqueror - Hammer Of Antichrist - History of Annihilation 2003

Hammer Of Antichrist - History of Annihilation, merupakan kompilasi lagu daripada lagenda War metal Canada iaitu Conqueror. Dalam album kompilasi yang dikeluarkan oleh Fifth Division ini mengandungi lagu-lagu dari album "War Cult Supremacy" 1999, demo "Antichrist Superiority" 1996 dan sebuah unreleased track Hammer of Supremacy untuk kompilasi World Domination. Conqueror ditubuhkan oleh Ryan Forster dibawah nama Domini Inferi dan mengeluarkan promo tape pada tahun 1994. Selepas rakaman promo ini Ryan Forster telah berpisah dengan ahli asal dan kemudian J. Read menyertai kumpulan ini dan menukar nama kepada Conqueror. Mereka telah merakamkan dua buah demo iaitu "Antichrist Superiority" pada tahun 1996 dan "Annihilate" pada 1998, kemudian mereka merakamkan sebuah album (War Cult Supremacy) dibawah Evil Omen Record dari Perancis tetapi dikeluarkan oleh Fullmoon prod USA. Conqueror merupakan satu komponen bestial Death metal dalam tradisi Canada seperti Slaughter, Razor lama, dan Blasphemy dan juga death metal yang sebenar seperti Sodom lama dan Sarcofago lama. Album kompilasi ini dimulai dengan Infinite Majesty dengan mukadimah atau intro pick-slide yang kejam dan ketukkan drum yang membunuh, yang saya pasti trade mark Conqueror terletak pada benda yang saya katakan tadi. Muzik Conqueror memang kencang dan laju tanpa ada banyak ruang untuk part slow. Pengunaan effect untuk vocal dan bunyi gitar yang betul-betul distort sememangnya membunuh! Ini bukan album digital seperti band-band sekarang dengan drum trigger atau bunyi yang bersih yang tak ada jiwa. Ini adalah bunyi kemusnahan seperti apabila bom nuklear diletupkan. Selepas pembubaran Conqueror kesinambungan dan legasi Conqueror diteruskan oleh J.Read dalam kumpulan REVENGE manakala R.Forster pula menyertai Blasphemy. Saya tidak pasti samaada kompilasi ini boleh didapati lagi cuba cari distro underground atau dilaman web ebay jika masih ada.

Interview di fmp666
http://www.fmp666.com/moonlight/conqueror2.html

No comments: