Album ini merupakan album kedua selepas Desecration of the Holy Kingdom dan beberapa keluaran seperti 7"EP Summoning of Infernal Legion dan split bersama Conqueror dan Katharsis. Band yang ditubuhkan oleh Impurath pada tahun 1996 selepas pembubaran Irreverent. Impurath telah menjemput Tregenda dan Vaz untuk memikul tanggungjawab dibahagian gitar dan drums. Upheaval Of Satanic Might merupakan lanjutan daripada album yang sebelum ini yang masih dan banyak dipengaruhi dengan Blasphemy, Beherit, Sarcofago dan sebagainya. Namun apa yang saya dapat rumuskan , dalam album kali ini, muziknya lebih straight forward, penuh dengan keributan dan lebih primitif daripada Desecration of the Holy Kingdom. Kualiti sound ini adalah amat buruk malah bunyi drum lebih kebelakang. Akan tetapi riffing gitar dari Tregenda boleh difahami jika dibandingkan dengan band-band Black/War metal yang lain seperti Revenge. Tetapi saya amat menyukai soundnya. heheh. Terus mengunakan cover artwork daripada artist Black metal terkenal dunia - Chris Moyen.Osmose Production
http://www.osmoseproductions.com/

No comments:
Post a Comment