Thursday, February 14, 2008

Proclamation - Advent of the Black Omen 2006

Kumpulan Black/Death metal dari Madrid, Sepanyol ini telah me"rip-off" Blasphemy secara habis-habisan! Namun tetap berjaya membawa semangat bestial Death metal yang sebenar dalam karya mereka. Malahan dari segi image, muzik, vokal dan lay-out, Advent of the Black Omen, begitu dibayangi dengan Fallen Angel of Doom! Pada pendapat saya, muziknya lebih straight forward jika dibandingkan dengan demo pertama mereka. Produksi dalam album ini betul-betul BURUK kerana dirakam secara analog disebuah makam lama yang ditinggalkan! Haha. Setelah intro Proclamation menyerang dengan 10 lagu yang keras dan penuh kebuasan. Betul-betul primitif dengan vocal effect dan solo-solo yang laju. Sebelum album ini mereka telah mengeluarkan demo yang bagus "Imperious Jaws of Ire" dan split bersama kumpulan senegara mereka Teitanblood (Malahan terdapat ahli kumpulan ini bermain dalam Proclamation). Album ini dikeluarkan bersama Nuclear War Now production dan Ross Bay Cult (yang merupakan label kepunyaan R. Forster Blasphemy/Conqueror).

Nuclear War Now!
http://www.nwnprod.com/

No comments: