Saturday, February 23, 2008
Friday, February 15, 2008
Diocletian - Decimator 2007
Bagaimana mengabungkan dua unsur yang berbeza dalam satu acuan? Dalam kes Diocletian, mereka dapat mengabungkan elemen Doom metal yang minimal dan perlahan mid-pace dengan kelajuan blastbeat death/Black metal dalam mCD "Decimator". Kumpulan 'doomcult' dari New zealand ini berjaya mencipta 'atmosfera' bestial metal yang berkesan, mengingatkan saya dengan Order From Chaos dan juga Conqueror. Agak mengkagumkan juga kerana tiga trax pertama seperti satu lagu yang panjang yang dimulai dengan intro (atau muzik) yang agak chaotik dan militan yang berlangsung selama 2 minit kemudian seolah-olah disambung dengan lagu Decimator yang bermula dengan drum doom yang slow dan tiba-tiba laju dan terus menyerang. Boleh saya katakan muzik Diocletian agak kecoh dan buas. Terdapat juga sebuah lagu cover dari Bolt Thrower yang bertajuk All That Remains. Menarik!Asphyxiate Recordings
http://www.asphyxiaterecordings.com/
Thursday, February 14, 2008
Proclamation - Advent of the Black Omen 2006
Kumpulan Black/Death metal dari Madrid, Sepanyol ini telah me"rip-off" Blasphemy secara habis-habisan! Namun tetap berjaya membawa semangat bestial Death metal yang sebenar dalam karya mereka. Malahan dari segi image, muzik, vokal dan lay-out, Advent of the Black Omen, begitu dibayangi dengan Fallen Angel of Doom! Pada pendapat saya, muziknya lebih straight forward jika dibandingkan dengan demo pertama mereka. Produksi dalam album ini betul-betul BURUK kerana dirakam secara analog disebuah makam lama yang ditinggalkan! Haha. Setelah intro Proclamation menyerang dengan 10 lagu yang keras dan penuh kebuasan. Betul-betul primitif dengan vocal effect dan solo-solo yang laju. Sebelum album ini mereka telah mengeluarkan demo yang bagus "Imperious Jaws of Ire" dan split bersama kumpulan senegara mereka Teitanblood (Malahan terdapat ahli kumpulan ini bermain dalam Proclamation). Album ini dikeluarkan bersama Nuclear War Now production dan Ross Bay Cult (yang merupakan label kepunyaan R. Forster Blasphemy/Conqueror).Nuclear War Now!
http://www.nwnprod.com/
Monday, February 11, 2008
Archgoat - Whore of Bethlehem 2006
Band lama dari Finland ini telah kembali dengan keluaran "Whore of Bethlehem" selepas dihidupkan semula setelah "senyap" satu dekad yang lalu. Keluaran terakhir sebelum mereka bubar adalah "Angelcunt" mLP yang dikeluarkan oleh Necropolis record (yang mempunyai reputasi rip off yang buruk). Setelah 15 tahun Archgoat telah aktif kembali dan sebagai mukadimah, mereka mengeluarkan sebuah EP "Angelslaying Black Fucking Metal" yang telah dirakam dari tahun 1993 lagi. Seperti EP berkenaan, album "Whore of Bethlehem" tetap sama dan masih meneruskan tradisi old school Black/Death metal yang kotor dan kejam. Diadun dengan part doomy yang lazat dan blasting drums ala old Death metal yang laju dan vocal kasar yang besar. Memang menarik. Terdapat beberapa sound sampler bagi menaikkan mood dan atmosfera kegelapan dan kebencian. Untuk album ini mereka mengunakan drummer baru iaitu Sinisterror dan cover artwork dari Chris Moyen!Laman web Archgoat
http://www.archgoat.com
Thursday, February 7, 2008
Deiphago - Satanik Eon 2006
Betul-betul gila!!!! Itulah ayat pertama yang terpacul dari mulut saya apabila pertama kali mendengar album Satanik Eon dari Deiphago. Deiphago ditubuhkan sekitar tahun 1990 lagi dan saya pernah mendengar tentang band ini dalam fanzine tempatan ketika satu masa dulu. Mungkin dalam fanzine Karakatuar jika tak salah (salah satu zine lama dari Taiping, Malaysia). Band dari Filipina ini memang dahsyat dengan sound yang gila dan extreme seperti Revenge/Conqueror atau Bestial Warlust tetapi mempunyai sentuhan sendiri! Dimulakan dengan "Genocide" intro seperti muzik klasik yang pelik. Ada review yang menyatakan bahawa ia adalah effect elektronik tetapi sebenarnya buMorbid Moon Records
http://www.morbidmoonrecords.com/
Wednesday, February 6, 2008
Black Witchery - Upheaval Of Satanic Might 2005
Album ini merupakan album kedua selepas Desecration of the Holy Kingdom dan beberapa keluaran seperti 7"EP Summoning of Infernal Legion dan split bersama Conqueror dan Katharsis. Band yang ditubuhkan oleh Impurath pada tahun 1996 selepas pembubaran Irreverent. Impurath telah menjemput Tregenda dan Vaz untuk memikul tanggungjawab dibahagian gitar dan drums. Upheaval Of Satanic Might merupakan lanjutan daripada album yang sebelum ini yang masih dan banyak dipengaruhi dengan Blasphemy, Beherit, Sarcofago dan sebagainya. Namun apa yang saya dapat rumuskan , dalam album kali ini, muziknya lebih straight forward, penuh dengan keributan dan lebih primitif daripada Desecration of the Holy Kingdom. Kualiti sound ini adalah amat buruk malah bunyi drum lebih kebelakang. Akan tetapi riffing gitar dari Tregenda boleh difahami jika dibandingkan dengan band-band Black/War metal yang lain seperti Revenge. Tetapi saya amat menyukai soundnya. heheh. Terus mengunakan cover artwork daripada artist Black metal terkenal dunia - Chris Moyen.Osmose Production
http://www.osmoseproductions.com/
Tuesday, February 5, 2008
Damaar - Triumph Through Spears of Sacrilege 2006
Damaar merupakan kumpulan Black/death metal dari Lubnan. Bila mana kebanyakkan kumpulan metal hanya berfantasi tentang perang dan keganasan, kumpulan ini wujud dikancah peperangan yang sebenar dan berpanjangan. Malah mereka telah berhijrah ke Australia untuk mengeluarkan demo dalam medium yang sebenar seperti CD atau tape kerana sebelum ini mereka hanya mengeluarkannya dalam bentuk mp3. Ini kerana negara asal mereka merupakan negara yang mengamalkan kepercayaan agama dalam bentuk yang kuat (seperti yang anda sedia maklum). MLP ini dimulakan dengan intro yang menarik cuma mungkin kalau intro sebegini dibuat oleh kumpulan metal dari MalaysiNuclear War Now! Productions
http://www.nwnprod.com/
Monday, February 4, 2008
Conqueror - Hammer Of Antichrist - History of Annihilation 2003
Hammer Of Antichrist - History of Annihilation, merupakan kompilasi lagu daripada lagenda War metal Canada iaitu Conqueror. Dalam album kompilasi yang dikeluarkan oleh Fifth Division ini mengandungi lagu-lagu dari album "War Cult Supremacy" 1999, demo "Antichrist Superiority" 1996 dan sebuah unreleased track Hammer of Supremacy untuk kompilasi World Domination. Conqueror ditubuhkan oleh Ryan Forster dibawah nama Domini Inferi dan mengeluarkan promo tape pada tahun 1994. Selepas rakaman promo ini Ryan Forster telah berpisah dengan ahli asal dan kemudian J. Read menyertai kumpulan ini dan menukar nama kepada Conqueror. Mereka telah merakamkan dua buah demo iaitu "Antichrist Superiority" pada tahun 1996 dan "Annihilate" pada 1998, kemudian mereka merakamkan sebuah album (War Cult Supremacy) dibawah Evil Omen Record dari Perancis tetapi dikeluarkan oleh Fullmoon prod USA. Conqueror merupakan satu komponen bestial Death metal dalam tradisi Canada seperti Slaughter, Razor lamInterview di fmp666
http://www.fmp666.com/moonlight/conqueror2.html
Blasphemy - Fallen Angel of Doom 1990
Lamanweb tribute Blasphemy:
http://www.freewebs.com/blasphemyritual
Nuclear War Now! production:
http://www.nwnprod.com
Subscribe to:
Comments (Atom)
