Ini adalah posting saya yang pertama sejak saya tidak menulis apa-apa untuk blog Metalperang ini. Saya agak sibuk dengan urusan peribadi dan keluarga untuk beberapa tahun kebelakangan ini. Apa pun untuk tahun 2013, saya ingin mengulas tentang split cd dari dua buah kumpulan militant black/death yang bagus ketika ini iaitu Diocletian/Weregoat.Saya memperolehi cd ini hasil dari trade dan saya rasakan ia sangat berbaloi haha (Saya baru dapat cd ini kelmarin). Baiklah, Diocletian menyumbangkan 3 buah lagu iaitu "War Messaiah","Gesundrian" & "Master Enslaver". "War Messaiah" merupakan rakaman ekslusif untuk split cd ini. Manakala dua lagi lagu adalah rakaman semula dari split bersama band Australia Denouncement Pyre (Chaos Rising) dan mcd pertama mereka Decimator. Dua lagu rakaman semula itu telah diolah semula dan saya rasakan ia amat berbeza dengan versi asal. Saya mula mengenali Diocletian melalui Decimator dan sample lagu "Master Enslaver" adalah lagu pertama yang saya dengar dari laman sesawang Asphyxiate Recordings ketika itu. Secara peribadi saya lebih menyukai versi asal lagu ini dan juga versi asal lagu "Gesundrian" (Mungkin kerana ia lebih 'teratur').Untuk split ini saya berpendapat Diocletian cuba memainkan semula lagu-lagu ini dengan penuh huru-hara, kasar dan penuh kekejaman. Weregoat dari Portland pula tidak mengecewakan dengan idea-idea yang menarik. Walaupun bukan sepenuhnya original, Weregoat berjaya menyuntik elemen Death Doom seakan-akan Autopsy dalam acuan Brutal Black Death yang gila dari mereka. Saya tak perlu mengulas panjang tentang Weregoat kerana saya berpendapat mereka adalah terbaik dalam split cd ini! Artwork terbaik dari Daniel Desecrator.
http://www.darkdescentrecords.com/





