Wednesday, May 13, 2009

Morbosidad - Demonic Plague and Deadly Commands & Legions of the Unholy Live DVD 2006

Morbosidad merupakan band metal yang diterajui oleh Tomas Stench yang berasal dari Mexico dan sekarang bermastautin di Amerika Syarikat. Morbosidad boleh dikatakan sebagai antara pencetus gelombang fenomena Bestial Black/Death metal yang terawal dan mengambil Blasphemy dan Beherit sebagai idola. Ditubuhkan pada tahun 1993 lagi dan merupakan band yang masih setia dengan underground dengan muzik yang primitif dan kotor. Dalam dvd ini memaparkan kegilaan Morbosidad dan 'Morboso maniac' (perminat mereka) dalam persembahan mereka. Walaupun ini adalah dvd tetapi kualiti video agak rendah kerana dirakam dengan camcorder. Namun semua itu bukan penghalang untuk merasai kehebatan Morbosidad!. Dirakam didua gigs yang berbeza iaitu di Chicago pada 2005 dan Oakland pada 2004 dan setlist yang hampir sama. Saya lebih menyukai gigs yang dimainkan di Chicago sebab ia lebih jelas dan penonton mereka turut mengila. Kebanyakkan lagu yang dimain merupakan lagu yang dipetik dari Bajo el Egendro del Crucificado, Legiones Bestiales, Invocation of War Beast dan Cojete a Dios Por el Culo. Tidak lupa juga disertakan sebuah video lagu cover dari Beherit yang bertajuk Salomon's Gate yang dirakam di Salt Lake City. Masih lagi dengan ahli yang lama iaitu N'death dan Peyote masing-masing bermain gitar dan bass. Satu rilisan yang hebat!

http://www.paganflames.com

No comments: