Tidak banyak maklumat yang saya tahu mengenai kumpulan Black metal dari negara Chile ini melainkan sebahagian ahlinya terlibat dengan Unaussprechlichen Kulten dan Communion. 7"ep yang dikeluarkan pada tahun 2008 oleh label tersohor dari USA iaitu Nuclear War Now prod memang hebat. Saya amat bertuah memiliki ep ini kerana, pada pendapat saya, ia memiliki keistimewaan tersendiri. Seperti yang diketahui buat masa sekarang dua label dari USA iaitu NWN dan Hells Headbangers amat menitikberatkan keluaran vinyl yang bermutu tinggi dan penuh kesenian (sayangnya, kebiasaan keluaran CD yang terlalu biasa haha). Perbungkusan PACT berserta artwork, booklet, dan inner sleeve memang hebat dan mewah. Bagi muzik pula, Exterminate dipengaruhi Blasphemy era Gods of War. Riff-riff
yang ganas dan penuh kebuasan dipamerkan dalam 3 buah lagu dan intro/efek. Terdapat juga sebuah lagu cover dari Blasphemy iaitu Atomic Nuclear Desolation. Sebuah keluaran yang membunuh!
yang ganas dan penuh kebuasan dipamerkan dalam 3 buah lagu dan intro/efek. Terdapat juga sebuah lagu cover dari Blasphemy iaitu Atomic Nuclear Desolation. Sebuah keluaran yang membunuh!http://www.nwnprod.com/


No comments:
Post a Comment