Tuesday, September 21, 2010

NECROHOLOCAUST / OBEISANCE - Bringers of Black Genocide split 7"EP 2010

Sebuah lagi keluaran dari sebuah label yang baru yang berpotensi dari Peranchis iaitu Chalice of Blood Angel prod. Split 7" ini mengabungkan dua buah kumpulan iaitu Necroholocaust dari Kanada dan Obeisance dari Amerika dimana setiap kumpulan merakam dua lagu. Saya mengetahui tentang Necroholocaust sebelum ini kerana saya telah memiliki demotape, split ep (dengan BlasphemophagheR dari Italy) dan sebuah split CD (dengan Deiphago dari Filipina). Untuk split ini Necroholocaust membawa sebuah satu lagu sendiri dan sebuah lagu cover daripada kumpulan metal legenda dari Singapura iaitu Abhorer bertajuk Repudiated Faith. Muzik Necroholocaust banyak dipengaruhi dengan Blasphemy dan Morbosidad (dan mungkin juga element grind/noise). Dan saya dapat rasakan tipikal muzik yang sama dalam keluaran mereka sebelum ini dan mungkin mereka tidak akan berubah secara mendadak bagi keluaran yang akan datang. Sebagai nota, Necroholocaust juga disertai oleh seorang bekas ahli Blasphemy. Bagi Obeisance ini merupakan kali pertama saya mendengar hasil kerja mereka walaupun mereka banyak mengeluarkan rilisan sebelum ini. Mereka telah merakam dua lagu sendiri yang dipengaruhi Black/Death metal dengan riffing agak Thrashing. Muzik yang agak baik.. haha. Mungkin saya perlu mula mencari keluaran mereka yang lain. Bringers of Black Genocide ini dikeluarkan hanya 1000 salinan, 100 salinan pertama merupakan vinyl lutsinar manakala selebihnya berwarna hitam. Salinan yang saya dapat adalah lutsinar ;-)

http://chaliceofbloodangel.free.fr

Monday, September 20, 2010

Exterminate - Pact 7"ep 2008

Tidak banyak maklumat yang saya tahu mengenai kumpulan Black metal dari negara Chile ini melainkan sebahagian ahlinya terlibat dengan Unaussprechlichen Kulten dan Communion. 7"ep yang dikeluarkan pada tahun 2008 oleh label tersohor dari USA iaitu Nuclear War Now prod memang hebat. Saya amat bertuah memiliki ep ini kerana, pada pendapat saya, ia memiliki keistimewaan tersendiri. Seperti yang diketahui buat masa sekarang dua label dari USA iaitu NWN dan Hells Headbangers amat menitikberatkan keluaran vinyl yang bermutu tinggi dan penuh kesenian (sayangnya, kebiasaan keluaran CD yang terlalu biasa haha). Perbungkusan PACT berserta artwork, booklet, dan inner sleeve memang hebat dan mewah. Bagi muzik pula, Exterminate dipengaruhi Blasphemy era Gods of War. Riff-riff yang ganas dan penuh kebuasan dipamerkan dalam 3 buah lagu dan intro/efek. Terdapat juga sebuah lagu cover dari Blasphemy iaitu Atomic Nuclear Desolation. Sebuah keluaran yang membunuh!

http://www.nwnprod.com/

Thursday, September 9, 2010

Embrace of Thorns - Prevalence: A Decade of Atomic Genocide CD 2009

Band dari negara Greece ini agak menonjol setelah album pertama mereka ...For I See Death In Their Eyes dikeluarkan oleh label vinyl dari German iaitu Iron Bonehead. Album sulung mereka ini begitu saya minati dan saya memiliki versi CD, Vinyl dan tape. Hahaha. Embrace of Thorns merupakan sebuah kumpulan Black/Death metal yang mengabungkan element doom/death dalam adunan muzikal mereka. Boleh dikatakan suatu yang asli bagi kumpulan muzik metal tahun 2000. Bagi CD "Prevalence.." yang dikeluarkan oleh label Supremacy through Intolerance ini merupakan kompilasi rehearsal, demo dan split dan ep mereka sebelum album sulung mereka yang saya sebutkan tadi. "Abominable Ceremonial Torment" 7" split '05, "Stench Of The Deceased Martyrs" kaset EP '04, "Chants of Atomic Genocide" Reh. demo '04 dan "The inevitable Twilight of the Judeochristian Lie" demo '03 merupakan keluaran mereka yang merupakan asas dan tapak yang menentukan hala tuju Embrace of Thorns seterusnya. Sebuah keluaran yang patut dimiliki oleh mereka yang tidak berkesempatan mendengar demo dan Ep mereka!

Supremacy Through Intolerance
http://www.supremacy-through-intolerance.org/