Tuesday, January 6, 2009
Rator - Possessed 2008
Apa yang lebih baik daripada membuat ulasan untuk permulaan tahun 2009 ini daripada album POSSESSED dari lagenda RATOR!!!! Akhirnya album ini sampai juga ketangan saya baru-baru ini dan saya dapat rumuskan ianya merupakan satu karya yang hebat. Ura-ura tentang album ini telah diketahui pada 2005 lagi dan khabarnya bakal dikeluarkan oleh produksi MUZIKBOX. Tetapi setelah terbengkalai selama beberapa tahun SEPULCHRAL MUSIC dari negara jiran kita Singapura telah berjaya mengeluarkannya (jika tak salah) pada awal tahun lepas (2008). Untuk pengetahuan anda RATOR telah ditubuhkan pada tahun 1987 lagi dan merupakan antara band terawal yang mengeluarkan demo. Dengan hanya berbekalkan demo EVIL SYMPHONY 1990, RATOR telah berjaya merobek telinga peminat-peminat muzik underground tanahair dan juga antarabangsa. Secara jujurnya, saya agak ragu-ragu jika album ini tidak seperti yang diharapkan atau bertukar arah sama sekali. Namun, semua tanggapan saya musnah sama sekali apa bila mendengar lagu pertama iaitu "Antichrist War". POSSESSED begitu dipengaruhi oleh SARCOFAGO! (Arghhhh). Ada juga riffing dalam album ini mengigatkan saya dengan album awal BEHERIT! Dan yang paling menarik adalah CD ini didatangkan dengan bonus iaitu demo EVIL SYMPHONY yang dikeluarkan pada tahun 1990. POSSESSED harus dimiliki dan dijadikan koleksi kepada sesiapa yang meminati old school Black/Death metal yang sejati dan merupakan khazanah underground metal Malaysia. Malahan RATOR juga dikagumi oleh BEHERIT, ROTTING CHRIST, ABSU dan sebagainya. Hail RATOR!!!
Subscribe to:
Comments (Atom)
